Newsletter
Email:
Poll: Like Our New Look?
Do you like our new Website look & feel?
Home | Idris Tawfiq | Bekas paderi bincang perihal keindahan Islam

Bekas paderi bincang perihal keindahan Islam

Font size: Decrease font Enlarge font
image ENCIK IDRIS: Menulis beberapa buku mengenai Islam, termasuk Looking For Peace In The Land Of The Prophets. -- Foto TAUFIK A. KADER

Turut ceritakan kembara ke Kahirah melalui ceramah di Darul Arqam, Singapore

MASYARAKAT Islam harus sentiasa menghormati agama lain dan menjaga sensitiviti golongan bukan Islam meskipun mereka tidak setuju dengan pegangan dan kepercayaan agama mereka.

Ini kerana Islam berpegang pada prinsip keamanan dan bukan keganasan, malah setiap individu seharusnya diberi kebebasan mengamalkan agama.

Penceramah dan penulis terkemuka Britain, Encik Idris Tawfiq, berkata demikian ketika memberi pandangan terhadap insiden pembakaran gereja di Malaysia yang hangat dipaparkan di media massa baru-baru ini.

Pembakaran gereja itu menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan sebuah akhbar mingguan gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly, menggunakan istilah 'Allah' dalam ruangan Bahasa Malaysia akhbar itu.

'Pada pendapat saya, golongan yang berkelakuan ganas dan ekstremis atas nama Islam sebenarnya bersikap terlalu defensif.

'Sikap mereka yang tidak yakin dengan diri dan sentiasa berasa teraniaya itu mendorong mereka melakukan perbuatan yang tidak diingini, seperti pengeboman nekad dan sebagainya.

 'Sedangkan Islam itu sebenarnya agama yang indah dan lemah lembut. Malah, Rasulullah saw sendiri membenarkan orang Yahudi tinggal bersama masyarakat Islam di Madinah, memberi mereka layanan baik, dan memberi mereka kebebasan mengamalkan agama mereka,' ujarnya.

Encik Idris, 50 tahun, dan menetap di Mesir sejak lapan tahun lalu, memeluk Islam hampir sedekad lalu.

Beliau akan memberikan siri ceramah mengenai Islam dan pengembaraannya di Kahirah, yang membuka matanya kepada Islam, mulai esok di Darul Arqam.

Beliau pernah berlatih menjadi paderi di Vatican City, Rome, selama lima tahun sebelum bertugas sebagai paderi Katolik di sebuah gereja di Britain selama hampir dua dekad.

Namun, beliau berhenti menjadi paderi kerana tidak berpuas hati dengan pekerjaannya itu.Beliau kemudian bercuti di Kahirah untuk menenangkan jiwa dan kemudian memeluk Islam di sana.   

Comments (0 posted):

Post your comment comment

Please enter the code you see in the image:

  • email Email to a friend
  • print Print version
  • Plain text Plain text
Tags
No tags for this article
Rate this article
0
Powered by Vivvo CMS v4.0.3